Berminat untuk bertemu dua pelumba Ducati Lenovo? Inilah peluangnya!

700

Sempena perlumbaan MotoGP yang akan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang pada bulan ini, Ducati Malaysia menganjurkan Acara ‘Meet & Greet’ dua pelumba daripada pasukan Ducati Lenovo bersama peminat.

Ia membabitkan menunggang bersama pelumba Francesco Bagnaia dan Jack Miller yang diadakan pada 20 Oktober ini.

Acara itu bermula di Ducati Petaling Jaya, Selangor dengan bertemu kedua-dua pelumba itu pada 8.30 pagi dan dikuti konvoi menuju Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada 9.30 pagi.



Jika berminat, anda boleh mengisi borang dengan mendaftar di pautan ini: bit.ly/RideMeetAndGreet

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here