Nahas rentung kemalangan, pemandu lori direman

540

Pemandu lori yang terlibat dalam nahas lima kenderaan sehingga menyebabkam dua maut terbakar di KM45.7 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan dekat Sedenak, Kulai Johor  semalam ditahan reman empat hari.

Ketua Polis Daerah Kulai Superitendan Tok Beng Yeow berkata, lelaki tempatan berusia 38 tahun itu direman bermula hari ini hingga Khamis.

“Pemandu lori direman empat hari bagi membantu siasatan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.



” Identiti mangsa kedua yang terbakar dalam kemalangan itu masih tidak dapat disahkan identitinya. Kita juga sedang dalam proses mengenal pasti mayat kedua,” katanya. 

Dalam kemalangan ngeri yang membabitkan dua lori dan tiga kereta menyebabkan tiga kenderaan terbakar sehingga 90 peratus dan dua maut di lokasi kejadian.

Seorang mangsa yang maut ialah penumpang Proton Wira yang dikenali sebagai Nur Nazihah Kamalul Arifin, 28.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here