#TahukahAnda: Ini 3 isyarat tangan polis trafik pengiring yang perlu anda tahu…

8131

Tugas sebagai polis pengiring sebenarnya bukanlah mudah, sehinggakan ada dalam kalangan pengguna jalan raya yang lain kurang selesa dengan kehadiran konvoi yang didatangkan dengan eskot. 

Orang ramai menganggap tugas mereka hanya untuk memudahkan perjalanan orang kenamaan, bukan pengguna awam lain. 



Kerana itulah ada segelintir pemandu sengaja tidak memberi laluan dan menyukarkan tugas anggota polis pengiring.

Jadi anda perlu fahami arahan setiap isyarat tangan yang diberikan bagi memudahkan anggota polis mengawal aliran trafik jalan raya. 

Namun, sejauh manakah anda sebagai pengguna jalan raya memahami setiap isyarat tangan tersebut?.

Berikut tiga isyarat tangan yang sering digunakan anggota trafik dalam mengawal lalulintas ketika menjadi pengiring:

1. Lambaian tangan perlahan atas ke bawah

Isyarat tangan ini sering kali digunakan oleh anggota trafik ketika mengawal lalu lintas bagi mengarahkan kenderaan memperlahankan kenderaan. Pergerakkan tangan atas ke bawah secara perlahan meminta pengguna memperlahankan kenderaan mereka bagi memberi laluan kepada kereta yang diiringi. 

Sebaik anda mematuhi isyarat tangan yang diberikan anggota trafik akan memberikan ibu jari bagus sebagai tanda terima kasih. 

2. Pergerakkan tangan depan ke belakang

Isyarat tangan dari depan ke belakang separas dada merupakan arahan agar kenderaan anda merapat ke kiri atau kanan jalan bagi membuka laluan kepada kenderaan yang diiringi. 

3. Angkat tangan

Apabila anda menerima isyarat tangan ini mungkin sedikit gementar kerana memikirkan kesalahan yang dilakukan. Isyarat tangan menunjukkan jari telunjuk kemudian mengangkat tangan ini meminta pengguna menghentikan kenderaan mereka.

Isyarat ini sering kali dilihat digunakan di persimpangan lampu isyarat bagi membolehkan kenderaan pengiring melintasi terlebih dahulu sementara kenderaan lain diarahkan berhenti.

Tonton video di sini. 

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here