Litar beralun antara faktor Apeh Jamal gagal kawal kenderaan…

2942

Bentuk jalan yang beralun antara faktor pelumba drag, Apeh Jamal gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan dirinya terbabas selepas memulakan perlumbaan di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus, kelmarin.

Pengarah Jabatan Automotif TAJ International College, Azad Jasmi berkata, semua pihak terutamanya peserta di mana-mana perlumbaan sedia maklum sukan permotoran mempunyai risiko tinggi dan berbahaya.



“Merujuk video kemalangan itu, bentuk jalan raya yang digunakan nampak sedikit beralun yang mana ia mungkin menjadi faktor kereta arwah terbabas apabila berada dalam kelajuan tinggi.

“Penyediaan kereta dari segi ruang dalaman, konstruksi badan kenderaan juga perlu diberi perhatian oleh jawatankuasa pihak penganjur sebelum diberi kelayakan untuk berlumba,” katanya. 

Menurutnya, pihak penganjur perlu memperketat tahap keselamatan termasuk keselamatan trek, fasiliti serta penyediaan kenderaan sebelum dibenarkan berlumba.

“Tujuannya untuk mengurangkan risiko berlaku kemalangan seperti ini selain aspek keselamatan sangat penting dari awal sehingga tamat perlumbaan,” jelasnya.

Seterusnya Azad berkata, pihak penganjur perlu mewujudkan jawatankuasa bagi menilai setiap fasiliti dan meneliti semula aspek keselamatan litar.

“Insiden seperti ini boleh berlaku dalam mana-mana acara sukan permotoran,” tambahnya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here