Baru guna 13 bulan, Honda Civic (2022) ini dipandu lebih daripada jarak purata antara Bumi dan Bulan

3151

Jika anda tertanya-tanya tentang kebolehpercayaan dan ketahanan Honda Civic baharu, jawapannya ada pada model yang dijual di Kanada ini.

Unit Honda Civic (2022) ini mencapai perbatuan 400,308km hanya dalam tempoh 13 bulan. Mengambilkira kekerapan memandu jarak jauh dan melihat kepada pengalaman pemilik ini akan mengubah persepsi anda.



Sukar untuk percaya pemilik sedan berkenaan memandu sejauh 400,308km bagi kenderaan yang mencapai usia setahun lebih. 

Seorang jurulatih pakar produk Honda yang dikenali sebagai Jason menemui sebuah Honda Civic (2022) berwarna merah untuk dijual.

Pemilik memandu sejauh 987km sehari sejak membeli Civic tersebut. Walaupun agak sukar mempercayainya, laporan Carfax mengesahkan maklumat berkenaan.

Bahkan, nombor tersebut bakal meningkat sebelum menerima pembeli baharu. Sedan itu dihasilkan di Jepun manakala komponen enjin dan transmisi dikeluarkan di Amerika Syarikat.

Pemasangan terakhir dilakukan di kemudahan Honda Kanada dan Civic itu kemudian dibeli di Texas, Amerika Syarikat.

Sejak dibeli, Civic itu tersenarai sebagai kenderaan persendirian seorang pemilik sebelum diperoleh sebuah premis pengedar.

Honda Civic dengan enjin 1.5 liter 4-silinder itu memerlukan 27 temu janji servis untuk terus berjalan tanpa sebarang masalah. Ini bermakna lawatan ke pusat servis dijadualkan setiap 14,806km.
 
Harga jualan sedan terpakai itu adalah USD17,899 (RM84,707). Gambar menunjukkan kenderaan dalam keadaan baik dengan ruang enjin yang bersih dan hampir tidak kelihatan haus.
 
Ia sudah dipandu lebih daripada jarak purata antara Bumi dan Bulan iaitu sekitar 384,400km.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here