Heboh gaji ‘pilot darat’ cecah RM10k, abang lori ini dedah realiti sebenar……

1292

Sebelum ini sebuah akhbar tempatan melaporkan kerjaya sebagai ‘abang lori’ mampu meraih pendapatan bulanan antara RM7,000 hingga RM10,000 dan hidup selesa.

Isu berkenaan menimbulkan perselisihan pendapat dalam kalangan ‘pilot darat’ bahkan netizen juga teruja apabila mengetahui kerjaya tersebut mendapat gaji yang lumayan.

Susulan itu, seorang pengguna TikTok @didikaton89 yang juga pemandu lori berkongsi realiti sebenar.



@didikaton89

#henyaksampailunyai #abangtengker #rezekirasiaallah

♬ bunyi asal – sengal ubi kayu – sengal ubi kayu

“Realitinya bolehke maintain 10k tiap-tiap bulan, setahun dapat sekali cerita satu dunia. Tetapi yang dapat tiga empat ribu sebulan ampa tak mau ceghita,” kongsinya.

Perkongsian berkenaan sebenarnya memberi impak positif dan sebaliknya mengambilkira risiko yang perlu dihadapi pemandu lori. 

“Benda macam ni kalau ampa cerita ada kebaikan, ada keburukan. Kebaikan adalah pandangan masyarakat terhadap kita. Keburukan dia, bila sesuatu berlaku kemalangan atau apa, orang salahkan driver lori kejar trip.

@didikaton89

Replying to @kakrhia #abangtengker #rezekirasiaallah #henyaksampailunyai

♬ bunyi asal – sengal ubi kayu – sengal ubi kayu

“Minta maaf mana yang terasa. Aku bukan nak pertikai gaji orang, tapi aku nak pertikai tak semua benda kita boleh cerita. Bukan kita cemburu dengan gaji orang dapat RM10k, RM20k tapi kalau orang yang faham, dia tahu kenapa aku cakap macam tu,” katanya. 

Jelasnya, tidak semua perkara boleh dikongsi terutamanya gaji kepada orang luar. Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen antaranya:

“Betul bang saya lesen E full dah malas gi interview indah khabar sahaja jual burger lagi untung.”

“Banyak trip banyak gaji tu tak kira lori pengsan tengah jalan kena sidai tengah malam..lena dalam lori tingai bini.”

“Adik sis kja YTL Cement (usahwn) dapat gaji lebih 10k tp masa ngan fmly tarak banyak atas jalan. Average gaji lori kontena bawah 5k je.”

“Betol tu blom lagi itu ini rosak kos… hidden kos lagi yang kene pow tepi jalan naya pak karim.”

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here