
Tindakan pantas seorang pemandu lori, Wong Tuck Meng, 40 yang bertindak berani menahan sebuah bas ekspres dipercayai hilang kawalan berhampiran Terowong Menora, Perak, Isnin lalu mendapat pujian ramai.
Namun, Wong sendiri enggan digelar sebagai wira sebaliknya menganggap tindakan nekad tersebut sebagai satu tanggungjawab sebagai pengguna jalan raya.
Berdasarkan laporan Buletin Utama itu, Wong sempat membunyikan hon bagi memberi amaran kepada kenderaan lain supaya mengelak sebelum beliau bertindak menyekat pergerakan bas tersebut.
Bapa kepada empat orang anak ini merendah diri dan menepis gelaran ‘wira’ yang diberikan oleh warga maya.

“Tak ada apa wira lah, ini normal bagi sesiapa sahaja yang memandu. Saya rasa sangat gembira kerana dapat membantu menyelamatkan ramai orang,” jelasnya.
Tindakan berani Wong telah berjaya mengelakkan kejadian yang lebih buruk serta menyelamatkan nyawa penumpang bas dan pengguna jalan raya yang lain.
Menerusi pemilik video yang tular menggunakan akaun TikTok azamadnan, dia menyatakan awalnya bas berkenaan dipandu perlahan dan kekal di lorong kiri.
“Brek berfungsi dengan baik sebelum itu. Apa-apa pun hanya pemandu yang lebih mengetahui keadaan bas,” tulisnya di ruangan komen.
Dalam situasi cemas itu, Wong bertindak nekad dengan merapatkan kenderaannya ke penghadang jalan. Tindakan pantas itu dipercayai bertujuan untuk membantu memperlahankan serta mengawal pergerakan bas berkenaan daripada terus meluncur laju.
@azamadnan Terima kasih rakyat malaysia!































