“Kereta Mercedes tak sampai..saya pakai kereta ini OK kan?,” PM 10 tolak S600

965

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau berjaya membatalkan tempahan Mercedes Benz S600 oleh pentadbiran terdahulu.

Anwar juga mengesahkan bahawa arahan itu dibuat oleh bekas perdana menteri. Beliau  kelihatan berpuas hati menggunakan Toyota Camry untuk urusan kerja. 



“Kereta Mercedes tak sampai…saya pakai kereta ini OK kan? Mana-mana kereta yang ada,” katanya.

Pengerusi Pakatan Harapan itu menjelaskan bahawa Mercedes itu ditempah oleh pendahulunya dan apabila diperiksa tempahan boleh dibatalkan.

Jelas sekali bahawa ini adalah langkah penjimatan kos dan sebahagian daripada perhubungan awam. Jika Anwar terus menaiki Camry, ia akan menjadi sedan yang agak sederhana untuk seorang perdana menteri.

Toyota Camry itu kini dilengkapi enjin baharu Dynamic Force 2.5 liter yang menghasilkan kuasa 206hp dan tork 253Nm bersama kotak gear automatik lapan-kelajuan Direct Shift 8-AT. Model facelift itu dilancarkan pada Februari lalu pada harga RM209,800. 

Untuk mengetahui tentang kenderaan pilihan PM10, klik artikel di bawah:

Toyota Camry 2022 – Enjin serba baharu, ciri keselamatan lebih baik, harga bermula RM199K

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here