Hampir dilanggar, polis lompat dari motor

654

Seorang pemandu mabuk cuba merempuh pemeriksaan polis di Pattaya, semalam ketika diarahkan menghentikan kenderaan.

Ketika melihat kereta yang dipandu itu tidak bergerak lurus, polis meminta pemandu berhenti namun lelaki berusia 38 tahun itu cuba merempuh beberapa buah motosikal polis.

Ketika rempuhan Mejar Kanan, Sarjan Rapeepat Prommin yang berada di atas motor sempat melompat ke tempat selamat.



Pemandu, Nattanet Puttawong cuba melarikan diri namun akhirnya keluar dari kenderaan lalu meminta maaf kepada anggota polis. 

Lelaki berusia 38 tahun itu mengaku mengambil alkohol dan hasil ujian melebihi had yang dibenarkan. 

Nattanet kemudian ditahan dan dibawa ke balai polis Pattaya. Polis Bandar Pattaya menubuhkan pusat pemeriksaan selepas tengah malam di Jalan Pattaya Utara di Naklua untuk menangkap pemandu mabuk. Operasi itu berjaya menahan beberapa pemandu mabuk.

Pada bulan Ogos, Thailand disenaraikan sebagai negara kedua paling berbahaya untuk memandu mengikut platform pendidikan pemandu. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here