Ajal terhantuk cermin kereta

540

Lelaki warga emas maut selepas kepalanya terhantuk dalam kemalangan di pekan Tanjong Karang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan jam 10.16 pagi yang membabitkan motosikal Yamaha SS2 dan Proton Waja.

Beliau berkata, kemalangan berlaku apabila mangsa berusia 72 tahun dipercayai mengubah haluan dari lorong kiri ke lorong kanan.



“Motosikal mangsa kemudian dilanggar Proton Waja yang gagal mengelak.

“Akibat pelanggaran itu, kepala penunggang motosikal terhantuk di cermin kereta berkenaan,” katanya.

Ramli berkata, ketika kejadian kedua-dua kenderaan dari arah sama iaitu arah Klang menghala ke Teluk Intan.

“Mangsa mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here