Khidmat feri motor dan basikal Pulau Pinang dihentikan selama 7 bulan

881

Perkhidmatan feri untuk kenderaan beroda dua iaitu motosikal dan basikal akan dihentikan sementara bermula 1 Januari 2023 di terminal feri Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) dan Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU), George Town.

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Tan Teik Cheng berkata, kerja naiktaraf dermaga itu mengambil masa tujuh bulan melibatkan penggantian pelantar laluan dan pemasangan ponton terapung untuk disesuaikan dengan spesifikasi feri baharu.



“Bagaimanapun, perkhidmatan feri ulang alik dari PSAH dan Terminal Swettenham Pier Cruise (SPCT) untuk penumpang pejalan kaki masih diteruskan dan sebanyak 200 slot parkir berbumbung motor dan basikal disediakan secara percuma di PSAH dan SPCT.

“Kerja-kerja naiktaraf membabitkan kos kira-kira RM19 juta itu melibatkan proses memasak cerucuk di dasar laut bagi mengukuhkan lagi ponton terapung dan proses tersebut akan mengambil sedikit masa memandangkan ia berisiko tinggi.

“Saya percaya apabila kerja-kerja menaik taraf kedua-dua terminal siap kelak dan seiring dengan pengenalan feri baharu di perairan Pulau Pinang, penduduk di sini dapat menikmati perkhidmatan feri yang moden, selesa, cepat serta efisen,” katanya. 

Terminal feri PSAH, ruang menunggu pengguna motosikal sedia ada diubah menjadi kawasan parkir motosikal dan basikal manakala pengguna dari arah George Town, ruangan meletak kenderaan SPCT disediakan di kawasan gudang, laluan masuk Jalan Tun Syeh Barakbah.

Katanya, kawasan meletak motosikal dan basikal itu dibuka sepanjang operasi perkhidmatan feri iaitu bermula jam 6 pagi hingga 9 malam dan dengan kemudahan tersebut pengguna kenderaan dua roda berkenaan dapat meneruskan perjalanan menyeberang dengan menggunakan perkhidmatan bot laju lebih pantas iaitu melibatkan perjalanan kurang 10 minit.

Sementara itu, Zairil berkata, kedua-dua terminal feri tersebut dilengkapi dengan stesen bas henti-henti Rapid Penang yang memudahkan pengerakan pengguna feri sebaik sahaja tiba malah kerajaan negeri nersama Rapid Penang juga akan melancarkan bas CAT Bridge baharu yang percuma dari Bukit Mertajam Summit melalui Bandar Perda ke bahagian Pulau negeri itu bermula 1 Januari nanti.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here