#Tips: Jadikan rutin periksa brek kereta, ini langkah perlu dilakukan….

757

Pemeriksaan dan penjagaan sistem brek kenderaan antara rutin penting yang perlu dilakukan pemilik kenderaan untuk mengelak sebarang kecelakaan berlaku ketika memandu.

Maklumat tentang penjagaan sistem brek kereta yang dikongsi ini adalah penting, bagi memastikan tahap keselamatan di tahap optimum.



Ikuti beberapa panduan berikut untuk rujukan anda bagi tips periksa brek kereta:

  • Sebulan sekali periksa paras minyak brek kereta. Pastikan minyak berada pada paras antara minimum dan maksimum. Jangan memandu sekiranya paras minyak brek di bawah paras minimum.
  • Setiap enam bulan ketika hendak menukar tayar kereta periksa padn brek. Pastikan lapisan pencengkam masih tebal.
  • Sekiranya mendapati pad brek tidak sama antara kiri dan kanan, minta mekanik periksa sistem saluran minyak brek atau sistem tekanan brek.
  • Kemungkinan tekanan dikenakan ke atas kedua-dua brek tidak sama dan ini bahaya kepada pemanduan, terutama ketika membrek dalam kelajuan tinggi. Perkara sama perlu dilakukan kepada brek dram.
  • Sekiranya anda seorang pemandu yang agresif dan laju, tukar pad brek yang tahan panas.
  • Pastikan menukar sistem saluran minyak brek kepada lebih baik. Ini untuk memastikan sistem brek kereta berfungsi dalam tekanan tinggi, suhu tinggi dan tindak balas lebih cepat apabila pemijak ditekan.
  • Sekiranya terdapat kesan calar pada cakera dram, minta mekanik menilai sama masih boleh digunakan lagi atau tidak. Kesan calar boleh menjadi penghalang pad brek untuk mencengkam cakera.
  • Kerosakan yang sering berlaku adalah brek tersekat. Keadaan ini berlaku kerana pad brek tidak kembali terapung apabila dilepaskan dan mencengkam cakera. Gejala ini selalunya melibatkan kerosakan angkup yang mengawal pelapik brek.
  • Sekiranya terdapat kesan lelehan minyak brek di mana-mana bahagian, minta mekanik lakukan pemeriksaan. Jangan ambil mudah perkara ini kerana kebocoran kecil boleh menjadi besar ketika membrek kerana tekanan yang dikenakan.
  • Untuk kereta dengan transmisi automatik, pad brek depan lebih cepat haus berbanding belakang (biasanya dua kali ganda cepatnya).
  • Sekiranya anda ingin mengubahsuai sistem brek kereta pastikan mendapat kebenaran bertulis Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana menjadi kesalahan dan syarikat insurans tidak akan melindungi anda sekiranya kemalangan berlaku. Ia disebabkan sistem brek ditukar tanpa kebenaran JPJ.
  • Semasa memandu elakkan kaki sentiasa berada atas pemijak brek. Ini boleh menjimatkan penggunaan pad brek.
  • Ketika menuruni bukit curam jangan gunakan brek, sebaliknya gunakan gear rendah untuk mengawal kelajuan kereta.
  • Ketika menambah minyak brek, pastikan spesifikasinya betul. Dot tiga untuk kegunaan biasa bagi kereta yang mempunyai cakera depan dan dram belakang. Dot empat untuk kereta mempunyai sistem empat roda cakera dan kereta berkuasa tinggi.

Selain tips periksa brek kereta, anda juga boleh membaca artikel lain membabitkan:

Baca juga >> #Tips: 5 cara tuntut insurans apabila kereta tenggelam banjir

Baca juga >> #Tips Tukar sport rim: Wajib original atau replika pun takpe?

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here