Mengapa semua kereta nampak nak sama walau berbeza pengeluar?…

3614

Parkir menjadi lokasi yang menarik untuk peminat kereta. Jika ada ‘luck’ akan  terserempak dengan kenderaan mewah yang ‘rare’, model baharu mahupun sporty, kecil ke besar sehinggalah futuristik.

Cuma bagi segelintir individu yang tidak mengikuti peredaran semasa dunia automotif akan menganggap reka bentuk kereta lebih kurang sama. Sehinggakan tidak dapat membezakan jenama mahupun model kenderaan.



Jadi janganlah terkejut jika ada yang membandingkan kenderaan mereka dengan model yang lain. Misalnya, pemilik Ativa yang menyamakan SUV mereka dengan Range Rover ataupun Volvo

Pandangan mata manusia berbeza jadi raikan pendapat dan pandangan setiap individu. Sekurangnya mereka mengenali model kenderaan berbanding rakan saya hanya mengecam warna badan. 

Jika ditanya kereta apa dikatakan cantik dilihat di jalan raya, jawapannya, “aku tak tau semua kereta nampak sama, tapi warna merah.”

Sebenarnya ada beberapa alasan mengapa segelintir individu melihat semua rekaan atau siluet kenderaan agak mirip antaranya:

  1. AERODINAMIK

Antara sebab mengapa kereta cenderung kelihatan sama adalah faktor aerodinamik.  Aliran udara yang dilanggar kenderaan terbahagi kepada dua yang mana melintasi bahagian bawah dan permukaan jalan serta melalui bumbung dan mengelilingi kontur mesin.

Angin tidak peduli sama ada kereta memiliki rekaan gril tersendiri, honeycomb mahupun kidney

Beberapa ciri kereta masa kini yang menyumbang kepada faktor tersebut: 

  • Bentuk seperti peluru
  • Permukaan licin dan siluet yang mengalir
  • Bahagian depan rata yang menawarkan rintangan angin seminimum mungkin
  • Potongan tajam bahagian belakang “untuk memotong aliran udara dari badan”

Sejak reka bentuk berlekuk menjadi popular pada tahun 90-an, ia telah menjadi standard amalan pengeluar sama seperti kereta kotak tahun 80-an. Melawan arah aliran angin sebenarnya memerlukan reka bentuk berani. 

2. KESELAMATAN

Pertimbangan keselamatan adalah satu aspek penting yang mengehadkan kreativiti pereka. 

Misalnya, rekaan ‘hidung’ tinggi dan landai di depan pada hampir semua kereta hari ini membantu mengurangkan impak perlanggaran pejalan kaki. Bonet depan kereta juga dinaikkan secara berperingkat atas sebab keselamatan.

Selain itu, ruang tambahan mewujudkan zon keselamatan untuk kepala pengguna sekiranya kenderaan berguling. Atas sebab yang sama, tiang tengah diperkukuhkan kerana pemasangan beg udara pada bahagian tersebut. 

Ini semua menyumbang kepada persamaan rekaan bagi setiap jenama pengeluar. Sama seperti aerodinamik, pertimbangan keselamatan sebenarnya bukan pilihan.

3. HINDARI RISIKO

Tersilap langkah seperti mana Nokia yang akhirnya tenggelam kerana keputusan yang salah dan perubahan pasaran menjadikan beberapa syarikat terbesar berhati-hati mengelak sebarang jenis risiko.

Sudah tentu, keengganan terhadap risiko ini secara langsung diterjemahkan kepada pilihan reka bentuk yang lebih selamat dan konservatif. Apa yang berjaya pada masa lalu dijangka akan berguna pada masa depan.

Apa yang berkesan untuk ‘orang lain’ dijangka berfungsi dengan jenama sendiri. Menawarkan apa yang pengguna mahukan adalah pilihan yang lebih selamat berbanding memberikan sesuatu yang mengejutkan luar jangkaan mereka.

4. IDENTITI JENAMA

Pendekatan homogen untuk reka bentuk sebenarnya membuahkan hasil. Jika semua jenama kereta mempunyai reka bentuk asas yang sama sebenarnya mengukuhkan mesej pengeluar.

Anda tidak akan terfikirkan “Oh, Yaris!” atau “Oh, Corolla“, sebaliknya anda akan mengenalinya atau berfikir: “Itulah TOYOTA“.

Dari perspektif pembuat, itu adalah perkara yang baik. Kerana lebih kukuh imej jenama keseluruhan, lebih kukuh imej setiap model. 

Tambahan, pasaran automotif sudah banyak pengeluar bergabung sejak kebelakangan ini . Misalnya, Renault dan Nissan serta BMW memiliki Mini dan Rolls Royce. Volkswagen dan Audi di bawah syarikat yang sama.

5. FUNGSI

Sebab kelima mengapa kereta moden kelihatan sama ialah tawaran spesifikasi yang telah ditetapkan. Sebelum pereka mula melakar reka bentuk kenderaan, jabatan pembungkusan akan memaklumkan spesifikasi yang mesti dipatuhi.

Ia termasuklah penjimatan bahan api, keperluan keselamatan dan ruang penumpang dan kargo. Dengan spesifikasi yang ditetapkan ini membataskan keunikan rekaan kereta.

Tambahan, kebanyakan pembuat kereta menggunakan platform kenderaan yang sama untuk berbilang barisan model mereka. Ini dilakukan untuk mengurangkan kos pengeluaran dan memaksimumkan keuntungan.

Selain itu, sesetengah pembuat kereta menjual kenderaan yang serupa — tetapi di bawah nama jenama yang berbeza, seperti GM dengan Chevy Equinox dan GMC Terrain serta Daihatsu dan Toyota

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here