Goodyear lancar kempen Tahun Baru, beli 4 tayar dapat hadiah eksklusif!

368

Goodyear Malaysia melancarkan kempen ‘Tahun Baru’ dengan menghadiahkan pelanggan apabila mereka membeli tayar jenama berkenaan.

Melalui kempen itu, pelanggan yang membeli empat tayar Goodyear Consumer, bersaiz 16 inci dan ke atas, akan menerima Mug Kopi Vakum yang eksklusif. 

Menariknya, mug itu diperbuat daripada keluli tahan lasak dengan ukiran Goodyear dan penebat kualiti yang memastikan minuman kekal panas dalam satu tempoh masa.



Pelanggan Goodyear boleh menebus mug di mana-mana Goodyear Autocare atau mana-mana kedai yang mengambil bahagian selepas pembelian tayar.

Goodyear Assurance ComfortTred yang dilancarkan baru-baru ini turut termasuk dalam kempen terbabit. Ia direka untuk pengalaman pemanduan premium, Assurance ComfortTred tersedia pada saiz dari 16 hingga 19 inci, menawarkan perjalanan yang tenang dan selesa sambil mengurangkan bunyi dengan Teknologi ANX™nya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here