Cuba ‘rasuah’ pihak berkuasa RM1 pergi ke tandas, sekali anggota balas ini….

780

Gara-gara tidak tahan untuk membuang air besar, seorang pemandu lelaki meninggalkan sekeping nota serta RM1 di cermin depan keretanya disebabkan terpaksa meletakkan kenderaan di ruang larangan parkir.

Nota yang tertulis permohonan maaf itu bertujuan mengelak dari disaman oleh pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).



“Tolong jangan saman saya boss, saya perlu pergi berak. Maaf, Harry Kok,” tulisnya.

Perkara tersebut menjadi tular di media sosial apabila beberapa pengguna berkongsi gambar nota tersebut di Facebook dan Twitter sejak beberapa hari lalu.

Lebih menarik perhatian, apabila pegawai DBKK yang bertugas memantau kesalahan parking di kawasan tersebut, turut membalas nota lelaki itu dengan disertakan resit saman di sebelahnya.

“Tak cukup la, lain kali berak di rumah sahaja, terima kasih DBKK,” balasnya.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here