Ibu, anak enam bulan maut

443

Seorang ibu bersama bayi lelakinya yang berusia enam bulan maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di KM35 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Kelantan malam semalam.

Dalam kejadian jam 12.40 tengah malam itu, Khoirul Bariyyah Mohamed Sokeri, 28, yang duduk di bahagian depan penumpang kereta jenis Perodua Axia bersama bayinya, Muhammad Alfah Abdul Rahim, enam bulan maut di tempat kejadian manakala suami mangsa patah tangan kiri dan pinggang.

Selain itu, anak lelakinya yang berusia lima tahun patah di kedua-dua kaki dan kini dirawat di Hospital Kuala Krai.



Timbalan Ketua Polis Daerah Gua Musang, Deputi Superintendan Azmi Mokhtar, berkata Perodua Axia yang dinaiki empat beranak dalam perjalanan dari Subang Selangor menuju ke Kota Bharu.

“Bagaimanapun sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan dipandu seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berusia 28 tahun itu hilang kawalan dan masuk laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta jenis Naza Ria.

Akibat dari pertembungan itu, seorang wanita bersama bayi lelakinya berusia enam bulan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Azmi berkata, mayat dua beranak itu dihantar ke Hospital Gua Musang untuk dibedah siasat manakala pemandu Naza Ria tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan maut.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here