Utama Berita Automotif Polis siasat video anak PM dakwa jadi mangsa buli jalan raya

Polis siasat video anak PM dakwa jadi mangsa buli jalan raya

362
Susulan anak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Ilham yang dikatakan menjadi mangsa buli jalan raya di Kilometer 307 Lebuh Raya Utara Selatan menghala Seremban, polis kini menjalankan siasatan terhadap dakwaan berkenaan.
 
Ketua Polis Daerah Serdang ACP A Anbalagan yang dipetik Astro Awani berkata, video kejadian berdurasi 14 saat itu dikongsi Nurul Ilham menerusi laman Twitternya yang tular, memaparkan Proton Iriz dipandu di lorong sebelah kanan dalam keadaan perlahan dan menekan brek beberapa kali di lorong sama.
 
Menurutnya, siasatan mendapati kejadian terbabit tidak membabitkan kemalangan dan kecederaan terhadap kedua-dua pihak.
 
“Kedua-dua pemandu (termasuk Nurul Ilham) akan dipanggil bagi memberi keterangan untuk membantu siasatan. Ia disiasat mengikut Seksyen 6(2) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan (LN) 166/1959 kerana kesalahan memotong dan menghalang daripada memotong.
 
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta untuk tampil ke balai polis trafik Serdang bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataannya.
 
Terdahulu, Nurul Ilham Anwar berkongsi pengalaman berdepan dengan pembuli jalan raya di akaun Twitter miliknya petang semalam.
 

Anak keempat Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berkongsi sebuah video berdurasi 14 saat yang menunjukkan Proton Iriz berwarna hijau itu menekan brek beberapa kali di lorong kanan.

Klik di sini untuk baca artikel selanjutnya.

 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here