Anak PM jadi mangsa buli jalan raya

1042

Anak Perdana Menteri, Nurul Ilham Anwar berkongsi pengalaman berdepan dengan pembuli jalan raya di akaun Twitter miliknya petang tadi.

Anak keempat Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berkongsi sebuah video berdurasi 14 saat yang menunjukkan Proton Iriz berwarna hijau itu menekan brek beberapa kali di lorong kanan.



“Saya jarang sekali berkongsi hantaran sebegini tetapi saya dibuli di jalan raya hari ini. Kereta ini asyik tekan brek di lorong laju.

“Sangat merbahaya dan saya ada anak kecil dua tahun bersama. Berada di situ selama satu minit sebelum dia bertukar ke lorong sebelah,” tulisnya.

Jelasnya, situasi itu berlaku dari plaza tol apabila pemandu itu membunyikan hon ketika Nurul Ilham menuju ke lorong Touch N Go.

“Saya dah beri signal ke kiri tetapi saya tak nampakpun dia beri signal untuk menuju ke kanan (arah lorong Smart Tag). Nampaknya dia marah,” jelasnya.

Bagaimanapun, ada juga yang mempersoalkan tindakan Nurul Ilham yang merakamkan kejadian menggunakan telefon ketika memandu kerana merbahaya.

Selain itu, netizen juga menjelaskan apabila berdepan dengan situasi berkenaan seharusnya mengalah dan cuba berpindah ke lorong bersebelahan bagi mengelak perkara yang tidak diingini.  

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here