Suami isteri rentung, lori kontena terbakar

697

Dua mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian kebakaran sebuah lori treler yang membawa kontena di KM259.6 Lebuh Raya Utara Selatan (Arah Selatan) berhampiran susur masuk ke Plaza Tol Port Dickson dekat Rasah, Seremban pagi tadi dikenal pasti sebagai suami isteri.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, kedua-dua mangsa yang rentung itu dikenali sebagai Mazlan Molot, 48, beralamat di Taman Putra Damai, Petaling Jaya Selangor dan Fauziah Uyop, 40-an.

Jelas beliau, kedua-dua mangsa dipercayai merupakan pasangan suami isteri.



“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah treler jenis Volvo yang membawa muatan biji plastik sedang bergerak dari arah Klang menuju ke arah Senawang.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, kenderaan yang dipandu mangsa disyaki telah hilang kawalan dan terbabas ke lorong paling kanan lalu merempuh tembok tengah penghadang lebuh raya.

“Akibat pelanggaran tersebut telah menyebabkan lori treler terlibat mengalami kebakaran menyeluruh di bahagian badan dan kepala kenderaan. Kebakaran telah berjaya dipadamkan oleh pihak bomba yang hadir di lokasi kejadian,” katanya.

Menurut Nanda, kedua-dua mangsa iaitu pemandu dan penumpang lori treler yang tersepit akibat kemalangan mengalami kecederaan terbakar rentung keseluruhan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Kedua-dua mayat telah dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban untuk pengendalian bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya lagi.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here