Hyundai Palisade facelift tawar enjin 3.8 liter petrol dan 2.2 diesel, harga bermula RM368,888

95

SUV mewah, Hyundai Palisade versi facelift mula ditawarkan untuk pasaran Malaysia dengan diperbaharui rupa premium dan ruang dalaman lebih mewah.

Palisade yang diperbaharui hanya berharga kira-kira 12 peratus lebih tinggi daripada pendahulunya.

Pembaharuan luaran

Palisade kini didatangkan dengan gril lebih lebar untuk penampilan yang lebih premium. Lampu hadapan baharu yang menampilkan lampu komposit LED yang disambung secara menegak. 

Sementara itu, belakang didatangkan lampu belakang LED menegak dan perincian plat skid fascia bawah. Ia juga dilengkapi roda aloi berbilang jejari 20-inci dan perincian plat skid hadapan bawah yang meningkatkan rupa lasaknya.

Ruang dalam lebih mewah

Bahagian dalamannya ditawarkan dengan duduk tujuh atau lapan penumpang. Tempat duduk baris kedua One-Touch membolehkan operasi menggerakkan tempat duduk ke hadapan untuk akses mudah masuk dan keluar dari tempat duduk baris ketiga. 

Jom Baca:   Hyundai Palisade lancar di Malaysia, harga bermula RM328,888

Palisade menawarkan jumlah ruang kargo sebanyak 1,297 liter apabila tempat duduk baris kedua dan ketiga dilipat dan 509 liter apabila semua tempat duduk tegak.

Sistem infotainmen kini boleh diakses pada skrin LCD 12.3 inci yang dinaik taraf dengan antara muka pengguna grafik baharu. Corong penyaman udara dengan rekaan nipis baharu juga menambah rasa lapang dan suasana premium.

Keupayaan pengecasan tanpa wayar telah dinaik taraf daripada 5 watt kepada 15 watt untuk pengecasan peranti yang lebih pantas. Port USB-C untuk pengecasan lebih pantas juga disediakan untuk pemandu dan penumpang hadapan, serta untuk penumpang baris kedua dan ketiga.

Jom Baca:   Pandu uji: Hyundai Tucson 1.6 Turbo

Dua enjin 

Bagi enjin petrol, ia menggunakan 3.8 liter V6, dwi CVVT untuk kuasa dan kecekapan yang sangat baik. Kuasa itu menghasilkan anggaran 295 PS kuasa pada 6,000 rpm dan anggaran 355Nm tork pada 5,200 rpm.

Varian diesel pula, dikuasakan enjin R2.2 CRDi yang menghasilkan 200 PS dan 440Nm tork pada. Ia memberikan kuasa kepada roda melalui transmisi automatik lapan kelajuan dan konfigurasi pacuan empat roda HTRAC®.

Varian dan harga

Enjin 3.8 liter V6 (Petrol)

  • Hyundai Palisade Luxury (7 tempat duduk) – RM399,888 
  • Hyundai Palisade Executive (8 tempat duduk) – RM378,888
Jom Baca:   Hyundai panggil semula 25,564 unit Kona Electric di Korea Selatan kerana berpotensi terbakar

Enjin R2.2 CRDi (Diesel)

  • Hyundai Palisade Luxury (7 tempat duduk) – RM389,888 
  • Hyundai Palisade Executive (8 tempat duduk) – RM368,888

Palisade didatangkan dengan waranti selama dua tahun atau 50,000km. Waranti lanjutan pilihan selama 5 tahun atau 300,000km serta servis percuma selama 3 tahun juga tersedia pada harga RM11,000 untuk varian petrol dan RM12,000 untuk varian diesel.

Galeri Gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here