Hyundai Palisade lancar di Malaysia, harga bermula RM328,888

2866

Hyundai-Sime Darby Motor Sdn Bhd (HSDM) secara rasmi melancarkan SUV bersaiz besar menerusi Hyundai Palisade untuk pasaran Malaysia.

Jentera yang bersaing dengan Mazda CX-9 itu ditawarkan  dengan dua pilihan enjin iaitu R 2.2 CRDi turbo diesel engine (HTRAC AWD) dan Lambda II 3.8 GDI V6 petrol engine (2WD).

Kedua-duanya boleh didapati dalam varian tujuh atau lapan tempat duduk dalam lima warna eksklusif membabitkan white cream, lagoon silver, steel graphite, moonlight cloud dan timeless black.



Pakej warna hitam monoton dan navy ditawarkan untuk bahagian dalam dengan pilihan material kulit, manakala kulit Nappa untuk warna kelabu dan merah gelap.

Dari segi luaran, ia mempunyai reka bentuk sedikit berpetak yang mana uniknya pada bahagian depan menggunakan lampu siang (DRL) buaya.  Ya betul!, ia dipanggil lampu DRL buaya. 

Palisade baharu adalah bukti pemacu HSDM dalam inovasi dan keselamatan pintar, menawarkan ruang luas yang sesuai untuk memenuhi keperluan pemandu dan penumpang.

Ia mempunyai gaya dan keselesaan tersendiri selepas dilengkapkan ruang kabin yang boleh diubah dengan pelbagai konfigurasi untuk baris kedua dan ketiga mengikut kesuaian ruang kargo atau penumpang.

Dengan tempat duduk baris ketiga dilipat, Palisade menawarkan ruang kargo 1,297 liter yang luas.

Ciri aplikasi pintar di tempat duduk baris kedua termasuk butang masuk pintar sekali sentuh yang melaraskan semula secara automatik untuk memudahkan penumpang masuk dan keluar dari baris ketiga.

Untuk menambah keluasan, penumpang tempat duduk belakang boleh menikmati bumbung suria dwi-lebar yang bukan sahaja mencerahkan bahagian kabin.

Bagi memberikan ketenangan minda di jalan raya, Palisade dilengkapi dengan SmartSense termaju Hyundai. Ia membabitkan Bantuan Mengelak Perlanggaran Hadapan, Bantuan Mengelak Perlanggaran Titik Buta dan banyak lagi.

Berikut senarai harga Hyundai Palisade mengikut varian:

R 2.2 CRDi turbo diesel engine (HTRAC AWD)

  • EXEC 7 – RM348,888
  • EXEC 8 – RM328,888

Lambda II 3.8 GDI V6 petrol engine (2WD)

  • LUXE 7 – RM358,888
  • LUXE 8 – RM338,888
GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here