Bawa maksud ‘biadap’, nombor plat 71 diharamkan di Britain

836

Baru-baru ini Agensi Pelesenan Pemandu dan Kenderaan (DVLA) menyenaraikan nombor 71 tidak boleh didaftarkan di Britain.

Larangan penggunaan nombor pendaftaran tersebut dianggap membawa maksud kurang menyenangkan serta memalukan untuk berada di atas jalan raya negara tersebut.

DVLA menawarkan berpuluh-puluh juta nombor pendaftaran dengan keuntungan sehingga pound sterling 160 juta (RM 893 juta) setahun daripada pembeli yang ingin mendapatkan nombor plat tersendiri.

Antara nombor pendaftaran yang dilarang merupakan gabungan daripada huruf dan nombor seperti BU71 SHT, BA71 TAD dan BO71 LOX yang dianggap kurang kurang ajar. Malah, ada yang menggunakan gabungan seperti ‘EU71 BAD’ yang mengatakan ‘Kesatuan Eropah teruk’.

Jom Baca:   #Tips: Indikator 'Check Engine' menyala, perhatikan langkah ini....

Terdapat juga beberapa plat nombor yang dikaitkan dengan serangan pengganas dan keganasan yang diharamkan termasuk TA71 BAN, JH71 HAD, MA21 TYR dan GO21 WAR. Kombinasi lain yang diharamkan juga termasuk istilah seperti LU21 FER, HE21 OLE dan EA71 POO, GAS71 HOL, GU71LTY dan AN71 TAX .

Menurut jurucakap DVLA, alasan untuk mengharamkan penggunaan nombor pendaftaran tersebut berdasarkan kebimbangan politik, perkauman dan agama.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here