Empat unit Ford Mustang Shelby GT500 dicuri dari kilang

1530

Empat unit Ford Mustang GT500 dilaporkan hilang selepas dicuri di kilang pemasangan Mustang di Flat Rock yang merupakan bandar kecil di Warren, Michigan, Amerika Syarikat.

Namun, dua unit daripada empat Mustang Shelby GT500 yang hilang itu ditemui semula di lebuh raya Interstate 75, kira-kira 16km arah utara dari bandar Brownstown. Kereta sport itu tersadai dipercayai kehabisan minyak manakala sebuah unit rosak teruk di bahagian depan.



Menurut laporan akhbar The News-Herald, hasil siasatan polis mendapati salah satu daripada empat sebuah Ford Mustang Shelby GT500 itu digunakan untuk merempuh pagar keselamatan membolehkan pencuri melolos keluar kereta sport tersebut. 

Pihak polis kini mencari baki dual lagi kereta sport itu berwarna Belladonna Black dan berdasarkan laporan media tiada sebarang rakaman video kamera litar tertutup yang diperolehi ketika kejadian tersebut berlaku.

Kejadian itu merupakan kali kedua berlaku yang mana kali pertama pada 2017 melibatkan kecurian dua unit Mustang yang menggunakan modus operandi sama. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here