Dua mangsa kemalangan disangka mati diselimuti kain putih

828

Dua mangsa kemalangan di Lebuh Raya Perling, berhampiran Sungai Danga, Johor Bahru yang disangka maut oleh pengguna jalan raya berdasarkan keadaan kereta yang remuk pada awal pagi ini, sebenarnya hanya cedera.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata, mangsa membabitkan seorang lelaki berusia 25 tahun dan perempuan berumur 20 tahun hanya cedera.

Jurucakap berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2 pagi.



“Sebuah jentera dengan kekuatan 12 anggota dikerah ke lokasi diketuai Pegawai Bomba Kanan I Mohd Nazaruddin Ahmad.

“Kemalangan membabitkan Proton Wira yang terbabas. Dua mangsa tersepit sebelum mereka dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas,” katanya.

Mangsa kemudiannya diserahkan kepada kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan manakala operasi tamat jam 3.19 pagi.

Terdahulu, beberapa pengguna jalan raya memuatnaik gambar lokasi kejadian, kereta serta mangsa.

Malah berdasarkan keadaan kereta yang remuk serta mangsa yang diselaputi kain putih, ada pengguna jalan raya menzahirkan ucapan takziah kerana menyangka mangsa menemui ajal.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here