[Video] Elak ditahan sekatan JPJ, pemuda tinggalkan tunang

1228

Seorang lelaki sanggup meninggalkan tunangnya yang terjatuh daripada motosikal ketika membrek secara mengejut di sekatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang malam tadi.

Pengarah JPJ negeri, Adenan Md Isa berkata, pada kejadian jam 9.45 malam itu, lelaki yang menunggang Yamaha LC135 tersebut berkemungkinan takut ditahan pihak berkuasa kerana tidak mempunyai lesen atau tiada cukai jalan.

@amirulainul4788

♬ Just A Kiss (Muah) – Enisa



“Lelaki itu mungkin terkejut dan ketika dia membrek, pemboncengnya yang juga wanita terjatuh dan mengalami kecederaan ringan di tapak tangan.

“Ketika kami mengarahkannya membuat lencongan untuk pemeriksaan lanjut, lelaki itu terus membuat pusingan U dan memecut dengan meninggalkan wanita itu.

“Wanita itu mengakui lelaki berkenaan tunangnya dan mereka dalam perjalanan dari Seberang Perai ke pusat bandar,” katanya pada Op Khas Motosikal sempena Tahun Baharu Cina malam tadi.

Adenan berkata, wanita berusia 20-an itu tidak ditahan kerana tidak melakukan sebarang kesalahan namun dia menghilangkan diri tidak lama kemudian tanpa sempat diberi rawatan awal.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here