Lebih jimat! Aprilia SR GT 200 kini ditawarkan 3 servis percuma dan 3 tahun waranti

638

Sejak diperkenalkan tahun lalu, sudah 500 unit Aprilia SR GT 200 diserahkan kepada pemiliknya di Malaysia.

Namun pada tahun ini, Didi Group mahu memberi tambah nilai yang lebih baik dengan menawarkan 3 kali servis percuma kepada bakal pemilik Aprilia SR GT 200.

Pengarah Eksekutif Didi Group, Juan Chow Wee berkata, tahun 2023 memberi berita baik untuk bakal pemilik Aprilia dengan menjadi jenama motosikal pertama yang memperkenalkan 3 kali servis percuma untuk sebarang pembelian baharu Aprilia SR GT 200 2023.



“Selain itu, jentera itu diberikan jaminan pembuatan selama 3 tahun dengan masih mengekalkan harga dari RM19,900 tanpa sebarang perubahan.

“Kami memahami segala-galanya sedang meningkat, namun kami sentiasa percaya dalam memberikan lebih nilai kepada pelanggan kami,” katanya sempena majlis meet & greet pelumba Aprilia Racing Team pada Ujian Pra Musim Moto GP Malaysia yang diadakan di Litar Antarabangsa Sepang, baru-baru ini.

Ia menampilkan pelumba, Aleix Espagaro, Maverick Vinales dan Lorenzo Savadori dengan memberi peluang kepada ahli kelab Aprilia berjumpa dengan mereka.

Perkhidmatan percuma tambahan 2023 baharu akan turut dikenakan kepada model Aprilia 660cc dan 1100cc yang mempunyai waranti pembuatan selama 2 tahun dengan perbatuan tanpa had.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here