Rasmi! Toyota GR Corolla dah tiba di Malaysia, harga bermula RM355,000, Okey tak?

1003

Selepas debut di Thailand pada penghujung tahun lalu, kini tiba pula giliran Malaysia untuk menerima kenderaan berprestasi Toyota GR Corolla.

Ia adalah rangkaian terbaharu rangkaian GR, menyertai GR Supra, GR86 dan GR Yaris. 

Apa yang menariknya dengan jentera ini, hatchback ini menawarkan  pengendalian berprestasi tinggi, tangkas dan dinamik serta penampilan yang sporty. Ini info yang anda kena tahu tentang Toyota GR Corolla yang hadir di Malaysia.



Enjin sangat berkuasa

Di bawah bonetnya, ia menggunakan enjin pengecas turbo 3 silinder G16E-GTS 1.6 liter yang digunakan dalam GR Yaris.

Untuk memberikan tahap prestasi yang sama tinggi dengan model yang lebih besar, enjin dipertingkatkan untuk meningkatkan output 300 PS pada 6,500 rpm dan 370 Nm antara 3,000 dan 5,550 rpm.

Hanya tersedia dengan transmisi manual 6-kelajuan pintar (iMT), GR Corolla menggunakan sistem pacuan semua roda (AWD) GR-Four yang dibangunkan melalui penglibatan TOYOTA GAZOO Racing dalam Kejohanan Rali Dunia. 

Ada tiga mod AWD

Bagi memberi pengendalian yang mengujakan, pemandu boleh memilih daripada tiga mod pemanduan dan tiga mod AWD untuk menyesuaikan prestasi dengan keadaan jalan raya atau pilihan peribadi.

Untuk cengkaman dan kestabilan yang dipertingkatkan, terutamanya dalam keadaan licin, terdapat sokongan pembezaan gelinciran terhad Torsen pada gandar hadapan dan belakang. 

Ia juga dipadankan rim aloi ENKEI hitam bersaiz besar 18-inci dipasang dengan tayar Yokohama ADVAN Apex 235/40 berprestasi tinggi.

Tampil agresif

GR Corolla mudah dikenal pasti sebagai ahli keluarga GR dengan bentuk fungsinya yang menampilkan profil agresif, fender lebar, bumbung gentian karbon, bolong bonet berfungsi dan aksen hitam berkilat yang sporty.

Jeriji yang lebih besar dan menarik diapit oleh saluran udara sisi, manakala hujung ekzos tiga keluar belakang dan spoiler aerodinamik menjadikan niat prestasi GR Corolla jelas.

Ruang dalaman masih lagi selesa

GR Corolla menawarkan keselesaantanpa mengorbankan kepraktisan dan kefungsian. 

Seperti semua model GR dan GR Sport, tema hitam disertakan dengan aksen merah di sekeliling kabin.

Ia juga datang paparan instrumen digital penuh 12.3 inci ditambah dengan Paparan Head-Up. Paparan instrumen digital mengalu-alukan pemandu dengan animasi permulaan GR dan menunjukkan mod AWD, tekanan turbo, kedudukan peralihan gear dan maklumat lain.

Tidak lupa juga sistem infotainmen dengan paparan skrin sentuh 9-inci. Kesambungan wayarles dengan Android Auto dan Apple CarPlay.

Toyota Safety Sence

Seperti model GR yang lain, ia didatangkan dengan ciri keselamatan aktif tahap tinggi yang disepadukan yang dipanggil Toyota Safety Sense. 

Turut memiliki tujuh beg udara SRS juga disediakan untuk memberi perlindungan sekiranya berlaku kemalangan yang teruk.

Untuk keselamatan, GR Corolla mempunyai Sistem Telematik Kenderaan pilihan yang menjejaki lokasinya. Ini akan membantu dalam pemulihan jika ia dicuri. 

Terdapat juga bahagian hadapan Digital Video Recorder (DVR) Toyota Premium Security dan ciri Filem Solar sebagai standard.

Harganya, UMW Toyota Motor mengumumkan ia dijual bermula RM355,000.

Galeri Gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here