Kereta terputus dua, anggota polis maut

1465

Anggota polis maut selepas tercampak keluar dari kereta dipandunya dalam kemalangan di Kilometer 42 Jalan Kuching-Serian, Kuching, semalam.

Konstabel Mohd Shamezad Mohd Salehuddin, 28, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di beberapa bahagian badan.



Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Aswandy Anis berkata, dalam kejadian jam 6.35 pagi itu, kereta dipandu mangsa dari arah Kuching menuju ke Serian hilang kawalan.

Beliau berkata, kereta Honda dipandu mangsa kemudian merempuh besi pembahagi jalan sebelum melanggar konkrit di hujung jambatan Sungai Samarahan.

“Akibat kejadian itu, kereta terbabit terputus dua dan mangsa tercampak keluar ke tepi jalan di atas jambatan.

“Kejadian berlaku ketika hujan yang menyebabkan jalan basah serta licin,” katanya. 

Menurut Aswandy, jenazah mangsa yang bertugas di Balai Polis Serian itu dibawa ke Hospital Serian untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here