“8-bulan guna Perodua Alza, tukar rim besar kurang goyang,” pemilik

3995
Perodua Alza dilancarkan Julai tahun lalu. Sepanjang sembilan bulan di pasaran, isu masalah skrin audio paling banyak dihadapi pemilik terawal MPV tersebut.
 
Selain itu, masalah penapis minyak hitam bocor turut berlaku pada kenderaan Alza selepas selang servis 10,000km. Bagaimanapun, isu ini hanya dihadapi segelintir pemilik Perodua.
Ketiga masih ramai lagi pelanggan Perodua menunggu penghantaran MPV berkenaan sehingga ramai yang merancang untuk membatalkan tempahan.
 
Namun, pemilik Alza AV yang menggunakan akaun Facebook Zul Laxmana meminta pelanggan yang masih menunggu agar bersabar kerana mereka tidak akan kecewa sebaik menggunakan MPV itu. 
 
Dia berkongsi pengalaman menggunakan MPV berkenaan selama lapan bulan.
 
“Yang ingin cancel booking tu, fikir betul-betul sebelum buat keputusan,” kongsinya di grup Facebook Perodua Alza D27A Malaysia.
 
Zul berkata Alza miliknya merekodkan perbatuan kira-kira 17,000km. Sepanjang pemilikan tersebut dia tidak berdepan begitu banyak masalah.
 
“Tiada banyak karenah, cuma sebelum tukar rim yang lebih lebar dan besar (saiz 17 7.5jj et48 tyre 215 50 17), rasa bergoyang bila pandu laju di lebuh raya. Sekarang lebih selesa bila pandu.
 
“HU unit tidak pernah bermasalah, cuma pernah claim warranty dashcam yang mengambil masa sekitar dua minggu,” tulisnya.
 
Zul juga antara pelanggan yang turut menghadapi masalah penapis minyak hitam bocor selepas penyelenggaraan 10,000km.
 
Dia memberitahu menghantar semula keretanya ke pusat servis untuk pemeriksaan baki minyak hitam dan menukar penapis minyak baru. 
 
Selain itu, masalah lain yang dihadapi Zul adalah gejala bunyi ketika memperlahankan kenderaan yang dipercayai berpunca daripada sistem brek.
 
“Pernah hantar SC untuk diteliti semula sistem brek, hanya buka sembur-sembur saja, tapi tetap ada bunyi sometime, tetapi selepas guna mileage 5k+ bunyinya hilang sama sekali.
 
“Mungkin piring disc brake dan  brake pad sudah serasi bersama agaknya,” katanya.
 
Secara keseluruhan, Zul berpendapat Alza berbaloi dimiliki dan meminta pemilik yang masih belum mendapat kenderaan bersabar.
 
 
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here