Enam bulan menunggu, akhirnya pemilik ini beli Perodua Alza terpakai berusia 8-bulan

2917

Tahun ini, Perodua menyasarkan pengeluaran sebanyak 330,000 unit dan jualan 314,000 unit kenderaan. 

Sasaran tersebut berdasarkan tempahan tertunggak tahun lalu dan permintaan  tahun ini. Bagi mempercepatkan penghantaran model tertunggak, pihak Perodua meningkatkan volum pengeluaran dengan menambah produktiviti dan kerja lebih masa.



Bagaimanapun, usaha berkenaan masih belum dapat memuaskan hati pelanggan yang masih belum menerima kenderaan mereka sehingga ada yang menunggu lapan bulan.

Salah seorangnya, Che Mat Saudagar yang berkongsi perjalanannya menempah Alza serba baharu di grup Facebook Alza 2022.

Menerusi jejak digital, Che Mat Saudagar menempah varian Alza X sekitar Oktober tahun lalu. 

“Saya ada order Alza X dah sebulan…saya tanya SA kereta saya bila nk sampai… Dia kata belum masuk order lagi sebab loan belum sign lagi.
 
“Lepas tu saya tukar kepada belian CASH pada 1hb 12/2022..SA bagitahu ok dia akan buat macam tu. Nak tanya, kalau beli cash ada perlu sign apa2 aggremen ka.. sebab SA tak kata apa pun,” tulisnya. 
 
Bagaimanapun, pada awal Februari lalu dia menulis surat pembatalan tempahan Alza kepada wakil jualan Perodua susulan penantian yang begitu lama. 
 
“Dah serah surat pembatalan pada SA, manager mintak tempoh lagi sebulan sebab giliran saya dah no.1 kononnya, berpunca dari stok kereta model tu memang dah sebulan lebih tak masukpun, ok lah alasan diterima, sebulan lagi kasi chance, goodbyee,” jelasnya.
 
Sayangnya, dia tidak dapat menunggu lama kerana memerlukan kereta baharu. Akhirnya dia membatalkan tempahan MPV tersebut dan memilih Alza X terpakai dengan perbatuan kira-kira 7,000km.
 
Jelasnya kereta itu berusia lapan bulan dan dia merupakan pembida paling tinggi bagi mendapatkan MPV tersebut yang dibayar secara tunai. Sebelum ini, Alza tersebut dimuatnaik untuk dijual pada harga RM58,000. 
 
 
“Cash, harga bida paling tinggi terpaksa amik jugak sebab nak pakai cuti sekolah ni..bau kedai masih ada.. tapi tula kereta langsung tak berjaga.
 
“Ya 58 termasuk kos perjalanan dan kos belanja kawan-kawan yang tolong uruskan. Saya bida yg paling tinggi,” katanya yang tidak mendedahkan harga kereta terpakai tersebut.
 
Mungkin ada yang beranggapan tindakan tersebut merugikan namun Che Mat Saudagar menjelaskan kereta sedia ada sudah digunakan 20 tahun sejak masih bujang.
 
“Anak dah 4 sekarang.. rezeki anak-anak dah cukup duit simpanan. Saya amik tunai dan Insyaallah akan pakai kereta ni untuk jangka masa 20 tahun pulak,” jelasnya.
 
Tambahnya, Alza X terpakai tersebut hanya terdapat sedikit calar dan lekuk selain daripada penutup cermin sisi yang dah tertanggal.
 
 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here