7,700 jalan berlubang sekitar Semenanjung Malaysia ditampal dalam tempoh 24 jam

484

Sebanyak 7,700 potholes (jalan berlubang) sekitar Semenanjung Malaysia berjaya ditampal dalam tempoh 24 jam selepas penemuan ataupun menerusi aduan kerosakan bermula Januari sehingga Disember tahun lalu.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pula jumlah berjaya ditampal dalam tempoh sama adalah sebanyak 56,553.



Pencapaian itu adalah sebahagian daripada Program Aku Janji Sifar Lubang (zero potholes) yang mula pada 3 Julai 2020 di antara pihak Kementerian Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan syarikat konsesi jalan persekutuan bagi memantau kerosakan jalan raya.

“Melalui program ‘zero potholes’ ini, kerja-kerja penampalan jalan berlubang akan dilaksanakan dalam tempoh masa 24 jam daripada penemuan ataupun aduan kerosakan.

“Selain itu, bagi memantau kualiti tampalan pothole, JKR juga telah melaksanakan Audit Tampalan Potholes bagi memastikan tampalan yang dibuat mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Rodiyah Sapiee (GPS-Batang Sadong yang meminta Menteri Kerja Raya menyatakan pencapaian terkini pelaksanaan dasar ‘zero potholes’ yang dilaksanakan oleh kementerian.

Bagaimanapun, Abdul Rahman berkata hanya 431 jalan berlubang tidak dapat ditampal dalam tempoh 24 jam dengan peratusan pencapaian keseluruhan adalah sebanyak 99.24 peratus.

“Lokasi yang tidak dapat ditampal dalam tempoh 24 jam adalah di bahagian Bintulu, Sarawak yang melibatkan kerosakan jalan dari Jalan Simpang Bakun ke Empangan Bakun akibat dari kenderaan lebih muatan.

“Kerosakan tetap berlaku walaupun kerja-kerja pembaikan telah dilaksanakan. Satu penyelesaian menyeluruh perlu melibatkan semua pihak terutamanya pihak termasuk Kementerian Pengangkutan dalam mencari penyelesaian kepada penggunaan kenderaan lebih muatan,” ujarnya

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here