[Video] Pemandu Lexus rempuh enam kenderaan sah positif ganja

587

Pemandu Lexus didapati positif ganja selepas merempuh enam buah kenderaan yang sedang menunggu lampu isyarat berhampiran Lebuhraya Bukit Jalil, Petaling Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata insiden jam 10.30 pagi itu dipercayai berlaku disebabkan kereta tersebut hilang kawalan.



Kereta yang dipandu lelaki tempatan berusia 40 tahun secara tidak sengaja melanggar enam buah kenderaan yang sedang berhenti di lorong kiri dan kanan jalan di depannya.

“Akibat itu, kenderaan tersebut terbalik di antara kenderaan yang terlibat. Namun tiada sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa direkodkan,” katanya.

Menurut Zam Halim, pemandu kereta jenis Lexus itu telah ditahan untuk siasatan di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur dan menjalani ujian saringan air kencing di Ibu Pejabat Polis (IPD)  Dang Wangi. 

“Hasil dari pemeriksaan tersebut mendapati suspek positif dadah jenis ganja (THC) dan kini ditahan di IPD Dang Wangi.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau pun maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 tau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here