Art of Speed 2023: Acara lebih luas dan baik! Ada 8 aktiviti, termasuk 3 yang baharu

353

Sambutan yang luar biasa pada 2022, Art of Speed kembali tahun ini dengan acara lebih besar dan lebih baik berbanding sebelumnya.

Tahun ini, acara Kustom & Counter Culture terulung Malaysia yang bakal diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di ruang tertutup seluas 350,000 kaki persegi, ruang luar seluas 8.6 ekar. Ia bakal berlangsung pada 29 dan 30 Julai ini.

Ia mengambil alih setiap dewan acara dengan menampilkan lebih banyak aktiviti demi memuaskan hati peminat dan pengunjungnya.



Namun pada Art of Speed 2023, ada tiga aktiviti baharu yang tiada sebelum ini, ia membabitkan:

1. Outdoor ThunderCircus “Brotherhood Rally” – Kawasan terbuka yang dikhaskan sepenuhnya untuk penunggang dan peminat motosikal. Sorotan untuk ThunderCircus termasuk pertunjukan aksi motosikal yang dipersembahkan oleh penunggang profesional. Selain perhimpunan pelbagai kumpulan motosikal dari seluruh Malaysia dan dari sekitar rantau ini.

2. Dewan B akan diambil alih oleh Hot Wheels Collector Convention Rasmi Pertama di rantau Asia Tenggara. Pengunjung bakal menikmati lebih banyak lagi aktiviti Hot Wheels, paparan diorama yang merangkumi Pameran Hot Wheels Rare & Collectibles, Hot Wheels Skate School, Hot Wheels Swap Buy & Sell dan banyak lagi. Peminat Hot Wheels juga bakal bertemu dan mengalukan kedatangan pereka Hot Wheels terkenal dari Amerika Syarikat. Untuk memperingati ulang tahun ke-40 Hot Wheels di Malaysia, Mattel akan bekerjasama Proton untuk mencipta sebuah kenderaan Hot Wheels – Proton Saga yang pertama. Bersempena dengan peristiwa bersejarah ini, Mattel menjemput semua kanak-kanak di Malaysia datang melatih kreativiti mereka untuk menyertai Hot Wheels x PROTON Kids Design Competition. Reka bentuk yang menjadi pemenang akan diperingati melalui kad ‘blister’ Proton Saga ‘edisi khas’ dan akan dijual di seluruh negara di Malaysia pada awal 2024 nanti!

3.Hot Wheels Legends Tour bakal membuat debut di AOS 2023. Pada tahun ini, pertandingan rasmi di Malaysia akan diadakan pada Ahad ketika berlangsungnya AOS 2023, menampilkan juri tempatan dan antarabangsa untuk memilih juara yang bakal mewakili Malaysia di pentas dunia.

Seperti tahun lalu, Art of Speed Malaysia 2023 masih mengekalkan aktiviti yang seperti disusun sebelumnya membabitkan:

  1. Kerjasama dengan NoEqual.co akan menampilkan Pesta NEAT di Dewan C, menampilkan paparan koleksi kereta modifikasi yang dipilih dari seluruh Malaysia.
  2. Perkhemahan dan gaya hidup outdoor Off The Grid kembali ke Dewan C untuk 2023. Menampilkan “gaya hidup outdoor” yang diadakan di ruangan tertutup dengan keselesaan hawa dingin.
  3. Hail Vintage kembali untuk AOS 2023 dan akan diadakan di Dewan D, mempamerkan pelbagai jenis koleksi vintaj. Vendor pakar akan dijemput bukan sahaja untuk menjual, tetapi mempamerkan koleksi mereka. Tema tahun ini ialah Muzik dengan menampilkan koleksi muzik, barangan dan memorabilia yang paling jarang ditemui.
  4. Qhalis Najmi dari NoEqual.co akan menjadi hos pada tahun ini untuk acara Kustom & Koffee Talk tahunan bersama dengan ahli panel dari luar negara.
  5. Show & Shine juga kembali di Dewan A, menampilkan kereta-kereta yang telah diubah suai dan motosikal modifikasi terbaik. Pemenang Best of Show bakal dibawa ke The 31st Annual Yokohama Hot Rod Custom Show pada Disember 2023.

Hadiah cabutan bertuah Toyota Celica 1979 

Bagi tahun ini, pemenang tiket bertuah bakal membawa pulang Toyota Celica 1979 modifikasi dengan ‘air-ride suspension’.

Tiket boleh didapati di pintu masuk atau atas talian. Ia dijual RM35, manakala kanak-kanak di bawah umur 12 tahun masuk secara PERCUMA. Pemegang pas OKU juga diberikan kemasukan secara percuma. 

AOS 2023 akan menjual tiket Speed Lane. Iaitu dibuka sejam lebih awal pada jam 9:00 pagi, berharga RM60 sah untuk kedua-dua hari. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here