HLYM perkenal warna baharu Yamaha YZF-R25 (2023), harga RM22k

718

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan warna baharu bagi Yamaha YZF-R25 ke pasaran tempatan.

Sportbike berkenaan kini didatangkan dengan warna Midnight Star dan Racing Blue serta akan berada di pusat jualan sah Yamaha bermula esok.

Yamaha R25 dijana oleh enjin 249cc dua silinder DOHC yang menghasilkan kuasa 35.4hp @ 12,000rpm dan tork 22.6Nm @ 10,000rpm bersama kotak gear enam kelajuan. 



Harga cadangan Yamaha YZF-R25 adalah RM 22,998 (tanpa insurans). Bagi pemilik baharu R25 akan mendapat kunci keselamatan Yamaha bernilai RM100.

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here