Pukul pemandu lori, polis tahan 2 suspek, buru Muhammad Putra Abdullah

1764

Dua lelaki warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan kes pukul pemandu lori kontena yang terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan seorang murid perempuan terbunuh di Kampung Telok Gong, Klang pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata kedua-dua suspek lelaki yang ditahan itu berusia 38 tahun yang mana salah seorang daripadanya mempunyai rekod lampau dadah.



“Sehingga hari ini (semalam), dua lelaki ditahan dan seramai enam orang saksi dipanggil untuk membantu siasatan kes ini.

“Pegawai penyiasat dalam proses melengkapkan siasatan dan seterusnya akan merujuk ke Timbalan Pendakwa Raya dalam tempoh masa yang terdekat,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya masih meneruskan usaha untuk mengesan dan menangkap suspek yang terbabit termasuk seorang lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Putra Abdullah berusia 31 tahun.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek dan kejadian ini diminta untuk menyalurkannya terus kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Hoong Fong dalam kenyataan pada Khamis lalu memberitahu polis menerima satu laporan daripada pemandu lori kontena berusia 36 tahun yang mendakwa dipukul beberapa lelaki selepas kemalangan itu berlaku.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here