Padah turun landasan LRT ambil ‘earphone’

498

Tindakan melulu seorang pemuda yang ingin mengambil fon telinga (earphone) terjatuh di landasan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Paramount, Petaling Jaya mengundang padah ditahan pihak berkuasa, pada Isnin.

Pada 27 Mac lalu pada jam kira-kira 9.28 pagi, polis Ibu Pejabat Daerah Petaling Jaya menerima laporan berkaitan tangkapan lelaki warga tempatan oleh polis bantuan Prasarana yang menceroboh kawasan landasan keretapi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata kejadia berlaku pada kira-kira jam 8.09 pagi, penggera landasan berbunyi dan didapati lelaki berkenaan telah berada di landasan LRT platform 1 (Northbound) sedang mengambil ‘earphone’.



“Tindakan itu menyebabkan tren tergendala selama tiga minit.

“Lelaki itu ditahan kerana menceroboh dan kes disiasat di bawah Seksyen 62 Akta Keretapi 1991 (Akta 463) kerana mencebohoh landasan keretapi,” katanya.

Lelaki tempatan berusia 23 tahun itu telah dituduh di Mahkamah Petaling Jaya pada Selasa di bawah Seksyen 62 Akta Keretapi 1991.

Tegasnya, orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi undang-undang dan tidak melakukan perbuatan jenayah.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here