Samun rantai emas, beli ‘cover set’ motosikal

583

Seorang pengawal keselamatan berusia 30 tahun ditahan selepas menyamun rantai emas milik pemandu peribadi bagi membeli ‘cover set’ motosikal dalam kejadian di Jalan Tasek Tambahan, Ampang, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata kejadian berlaku pada jam 12.40 tengah malam, mangsa memandu BMW dan pemuda yang menunggang Honda EX-5 itu sengaja menghimpit keretanya.

“Suspek menumbuk cermin sebelah pemandu sehingga pengadu menurunkan cermin kereta kerana khuatir dipecahkan suspek.



“Kemudian, suspek meludah mangsa lalu menarik kolar baju dan rantai emas milik pengadu serta melarikan diri,” katanya.

Mangsa mengalami kerugian berjumlah RM3,000 dan suspek ditahan hari sama pada jam kira-kira 9.45 malam.

Pihak polis turut merampas pakaian, helmet, dokumen pajak gadai, alat kawalan jauh motosikal dan sebuah motor. 

“Siasatan mendapati suspek menjual barang emas di kedai pajak dalam daerah Ampang dan membeli cover set motor,” katanya.

Suspek mempunyai rekod lampu lampau jenayah manakala ujian air kencing adalah negatif dadah. Kes disiasat bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan serta reman dibenarkan selama tujuh hari bermula semalam.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here