Kastam sita lori kontena Thailand bawa alat ganti, aksesori kenderaan

793

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis menyita tiga lori kontena membawa aksesori dan alat ganti kenderaan, pakaian serta kasut di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar, Isnin lalu.

Pengarah Kastam negeri, Ismail Hashim berkata sepasukan anggotanya dari Cawangan Penguatkuasaan Padang Besar bersama Unit Dagangan Jalan Raya dan Unit Mesin Pengimbas melakukan pemeriksaan rapi ke atas tiga lori kontena bernombor pendaftaran Thailand kira-kira jam 3.30 petang.



“Hasil imbasan dan pemeriksaan ke atas ketiga-tiga kontena, menjumpai 400 unit alat ganti kenderaan dan 1,105 unit aksesori kenderaan bersama 2,080 helai pakaian dan 6,840 pasang kasut menggunakan dokumen pengikraran pengimportan yang dipercayai tidak diikrar dengan betul.

“Anggaran nilai barangan yang dirampas termasuk kenderaan yang disita adalah sebanyak RM264,840 dan duti serta cukai terlibat berjumlah RM 62,199 menjadikan jumlah keseluruhan RM 327,039,” katanya.

Justeru itu, ketiga-tiga pemandu lori kontena warganegara Thailand itu ditahan untuk membantu siasatan. 

“Modus operandi kes in adalah dengan membuat pengikraran yang tidak benar dan
mengelirukan dalam Borang Kastam 1 (K1) dengan tujuan mengelak dikenakan duti
dan cukai yang tinggi,” katanya. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1) (g) Akta Kastam 1967, jika sabit kesalahan pesalah bagi kesalahan pertama boleh didenda tidak kurang dari 10 kali ganda amaun duti kastam itu atau RM 50,000 (amaun mana yang lebih besar) dan tidak lebih daripada 20 kali ganda amaun duti kastam itu atau RM 500,000 atau penjara selama suatu tempoh tidak
melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here