Remaja pasangan suami isteri buat aksi wheelie serah diri

480

Sepasang suami isteri remaja dicekup selepas terlibat dengan aksi ‘wheelie’ ketika menunggang motosikal di Jalan Pasir Puteh, Peringat, Kota Bharu baru-baru ini.

Kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 17 dan 16 tahun itu ditahan selepas menyerah diri Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pada jam 10 pagi, semalam.



Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, kedua-dua suspek hadir ke IPD Kota Bharu selepas dua hari menghilangkan diri apabila diburu polis.

“Mereka ditahan di lokap dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu untuk permohonan reman.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Siasatan lanjut akan diteruskan untuk pendakwaan bersama di bawah peruntukkan undang-undang yang sama yang boleh membawa kepada hukuman penjara tidak lebih 5-tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM15,000.

Sebelum ini, sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik IPD Kota Bharu menyerbu sebuah rumah di Kampung Machang, Peringat pada jam kira-kira 6.50 petang kelmarin selepas menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

Bagaimanapun, kedua-dua suspek tiada di rumah dan dipercayai melarikan diri.

Polis merampas sebuah motosikal jenis Honda C-110B yang dinaiki kedua-dua suspek selain sepasang baju melayu dan baju kurung berwarna biru semasa kejadian di rumah tersebut.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here