Polis cari pemandu biar kanak-kanak berpaut pada pintu

586

Polis sedang mengesan pemilik kenderaan pacuan empat roda yang memandu secara cuai membiarkan kanak-kanak memaut pada pintu pemandu berkenaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya mengesan satu rakaman video tular berdurasi 12 saat.

“Video itu menunjukkan trak pikap Nissan Navara berwarna putih bersikap cuai dan mendedahkan bahaya kepada kanak-kanak dengan dengan cara memaut seorang kanak-kanak menggunakan tangan kanan di sebelah pintu pemandu ketika bergerak.



“Hasil siasatan awal yang dijalankan, kejadian tersebut berlaku di Taman Industri Bolton, Batu Caves, Selangor. Pihak polis sedang mengesan pemilik akaun media sosial dan pemilik kenderaan yang terlibat,” katanya.

Kes disiasat dibawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan dan boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Insp Mohd Shaifuddin Bin Mohd Nor di talian 017-6645812 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here