Sebab ‘Sayang Awok’, penunggang motosikal ditahan

461

Seorang penunggang motosikal ditahan kerana menggunakan nombor pendaftaran ‘Sayang Awok’  di Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan, baru-baru ini.

Dia antara yang ditahan dalam Op Samseng Jalanan oleh Bahagian Siasatan dan Pencegahan Trafik (BSPT) daerah Kuantan antara jam 1 hingga 5 pagi tadi pada 30 April lalu.

Perkara itu dimaklumkan BSPT Kuantan melalui satu hantaran di laman sosial Facebook rasmi mereka. Operasi itu dilakukan oleh seorang pegawai bersama tujuh anggota dari BSPT daerah Kuantan.



“Tangkapan pertama dilakukan terhadap seorang lelaki bersama sebuah motosikal kerana melakukan aksi mengangkat tayar hadapan di Jalan Tanah Putih, dekat bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

“Seorang lagi ditahan di Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan (dekat Bukit Rangin) selepas didapati menggunakan nombor pendaftaran belakang dengan perkataan ‘Sayang Awok’ dan keduanya dibawa ke balai polis trafik Kuantan untuk siasatan lanjut.

Suspek pertama disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala suspek kedua pula disiasat mengikut Seksyen 108 (3) (f) Akta Pengangkutan Jalan 1987/Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here