Biar betul! ansuran serendah RM798 sebulan untuk Mitsubishi Xpander

968

Masih mencari atau menunggu penghantaran MPV yang berbulan lamanya? Nah ini berita baik buat ketua keluarga yang ingin membeli MPV baharu ataupun menaik taraf kenderaan sedia ada.

Sekiranya Mitsubishi Xpander berada dalam senarai MPV keluarga yang dicari dan tidak mahu menunggu lama, ini masanya anda memanfaatkan promosi yang ditawarkan oleh Mitsubishi Motors Malaysia (MMM).

Promosi itu hanya terhad pada model Mitsubishi Xpander hingga 30 June yang mana pelanggan dapat menikmati:

  • Ansuran bulanan serendah daripada RM798 dengan usahasama perjanjian sewa beli dengan Maybank dan Public Bank
  • Atau pelanggan yang memohon pinjaman dengan Maybank, Public Bank dan Hong Leong Bank akan menerima kadar faedah serendah 2.28 peratus 



Mitsubishi Xpander diperkenalkan ke pasaran Malaysia sekitar dua tahun lalu. Ketibaan MPV asas itu memberi pilihan baru buat keluarga kecil menerusi penampilan lebih segar dan sporty. 

Ia menggunakan enjin petrol 4-silinder 1.5L MIVEC berkuasa 103hp @ 6,000rpm dan tork 141Nm @ 4,000rpm dengan transmisi automatik 4-kelajuan memberikan hantaran kuasa yang cukup untuk mendaki bukit atau melalui permukaan jalan off road ringan.

Xpander menampilkan konsep reka bentul hadapan ‘Perisai Dinamik’ (Dynamic Shield), yang digabungkan di dalam setiap kereta baru yang dilancarkan oleh Mitsubishi. ‘Perisai Dinamik’ memberikan prestasi tinggi dan rasa dilindungi untuk pemandu dan penumpang.

Dari segi estetika, Xpander didatangkan dengan beberapa senarai kit yang mengagumkan termasuk lampu hadapan Bi-LED, berkedudukan blok kristal LED dan lampu belakang LED iluminasi L.

Kelebihan Xpander ini, kerusi pada bahagian kedua dan ketiga dapat dilipat rata untuk memberi ruang kepada barang yang penuh. But belakangnya juga direka menyerupai kereta, yang menjadikannya lebih mudah untuk mengangkut barangan besar dan panjang.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman sesawang www.mitsubishi-motors.com.my atau berkunjung ke pusat jualan Mitsubishi berhampiran.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here