Empat remaja rempit ditahan, motor disita

633

Empat remaja ditahan selepas didapati menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya lain dalam Op Rempit di daerah Seberang Perai Tengah (SPT), semalam.

Operasi rempit yang melibatkan pelajar sekolah dan remaja itu turut menyita lapan buah motor. 

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah, operasi penguatkuasaan itu dijalankan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) dengan kerjasama Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) IPD berkenaan.



Dalam operasi tersebut kira-kira 23 buah motosikal ditahan untuk pemeriksaan bagi pelbagai kesalahan tiada lesen memandu yang sah, tiada cukai jalan, kesalahan ubahsuai dan lain-lain kesalahan serta sebanyak 25 saman dikeluarkan.

Kes disiasat di bawah Sek.42(1) APJ 1987 jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara  tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih daripada RM15,000.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here