Tunggang lawan arus dan tunjuk jari tengah, rider terima 4-saman

807

Polis mengeluarkan empat saman kepada seorang penunggang motosikal selepas video lelaki itu menunggang secara lawan arus tular di media sosial di Banting, Selangor.

Dalam video berkenaan juga lelaki tersebut menunjukkan jari tengah selepas tidak berpuas hati dihon oleh pengguna jalan raya lain.
 

Bertindak atas maklumat, pihak berkuasa mengunjungi rumah lelaki berkenaan dan mengeluarkan saman atas pelbagai kesalahan.
 
Penunggang dan pembonceng motosikal itu juga diberi nasihat oleh anggota Ronda Cegah Kemalangan(RCK) atas tingkah laku yang dilakukan.
 
Video berkenaan dimuatnaik di grup Facebook Banting Kita yang menunjukkan lelaki tersebut tidak menggunakan helmet selain menunggang secawa melawan arus. 
 
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here