Hilang kawalan, rider Kawasaki Ninja ZX-10R maut tercampak ke dalam parit

1392

Rider motosikal berkuasa tinggi maut selepas terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah Mercedes-Benz di KM133 Jalan Johor Bahru-Seremban (Chaah), pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Zamri Marinsah berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila Kawasaki ZX-1000R menghala ke Yong Peng, hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan melanggar Mercedes-Benz dari arah Chaah.



“Siasatan lanjut mengesahkan penunggang motosikal berkuasa tinggi itu meninggal dunia di tempat kejadian.

“Bagaimanapun, pemandu kereta berusia 25 tahun mengalami kecederaan ringan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Sementara itu, sebanyak sembilan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Labis membantu membawa naik penunggang motor di dalam parit ke bahu jalan.

Menurut Komander Operasi, PBK I KUP Sharfini Nasar, bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia setelah diselamatkan.

“Penunggang motosikal, lelaki dewasa berusia lingkungan 30an dilaporkan terbabas ke dalam parit dengan kedalaman lebih kurang empat kaki. Manakala, pemandu kereta mengalami kecederaan,” jelasnya. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here