Harley-Davidson Johor Bahru kini dibuka, menyediakan kelengkapan ‘A-Z’ kepada pemiliknya!

362

Pengeluar motosikal Amerika Harley-Davidson, bersama pengedar tunggal Motosikal di Malaysia, Didi Resources Sdn Bhd membuka Pusat 4S, Harley-Davidson Johor Bahru untuk mengukuhkan komitmen berterusan jenama itu di Malaysia.

Pusat 4S itu dibina berkeluasan 6,500 kaki persegi dengan menawarkan keseluruhan rangkaian motosikal Harley-Davidson, termasuk barisan model Ulang Tahun 120 Edisi Terhad. Ia juga mempamerkan barangan Harley-Davidson dan alat ganti dan aksesori Harley-Davidson tulen.



Ia juga tersedia dengan perkhidmatan selepas jualan dengan stok alat ganti yang lengkap. Selain itu, akan terdapat 4 ruang servis lengkap dengan perkhidmatan baik pulih badan serta cat.

Pengerusi Goh Brothers Motorcycles Sdn Bhd, Goh Kian Sin berkata, pihaknya berbesar hati kerana Harley-Davidson memberikan kepercayaan untuk membawa jenama itu dengan menjadi pengedar Harley-Davidson kelima di Malaysia.

“Kekuatan kami dibina berdasarkan pengalaman dalam peruncitan automotif untuk beberapa jenama premium dan mengendalikan pusat 4S di seluruh negara.

“Kami yakin bahawa perkhidmatan kepada pelanggan Harley-Davidson dengan menyediakan perkhidmatan susulan dan sokongan terbaik,” katanya.

Sempena pembukaan rasmi, Harley-Davidson Johor Bahru akan mengumumkan pembentukan H.O.G. Johor Bahru Petaling Jaya Chapter Malaysia.

Ia menguruskan segala aktiviti/acara/tunggangan sambil menyediakan perkhidmatan yang lebih diperibadikan kepada pelanggan mereka yang setia.

Selain itu, pengedar itu akan berfungsi sebagai forum pertemuan untuk penunggang tempatan dan peminat untuk berkongsi minat mereka untuk menunggang bersama merentasi banyak destinasi menarik di Malaysia.

Buat anda yang mahu mengalami pengalaman pemilik Harley Davidson, Bilik pameran itu terletak di 69, Jalan Ibrahim Sultan, Taman Stulang Laut, 80300 Johor Bahru, Johor. Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi 07-2200266 atau layari www.harleyjb.com.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here