Kemalangan lori, heret sekali majikan ke mahkamah

348

Pakar kese­lamatan jalan raya berpanda­ngan pihak majikan perlu turut dipertanggungjawabkan sekira­nya kenderaan berat mereka terlibat kemalangan jalan raya.

Pakar Keselamatan Jalan Raya, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Law Teik Hua berkata, kerajaan turut disaran menyemak semula undang-undang untuk membolehkan pemilik syarikat diheret ke mahkamah jika gagal menyediakan kenderaan yang selamat.



“Memang sepatutnya majikan ada tanggungjawab, tetapi adakah kita ada undang-undang tertentu untuk ambil terhadap majikan. Jika kita boleh buat undang-undang seperti itu ia sangat baik.

Sekarang ini jika berlaku kemalangan, majikan cuma perlu kata yang bawa (memandu) pekerja, bukan saya. Undang-undang kita amat lemah untuk ambil tindakan terhadap majikan.

“Saya rasa adalah perlu kita dapat kawal pemandu kende­raan berat. Jangan semata-mata beri tanggungjawab itu kepada polis,” katanya kepada Kosmo. 

Teik Hua berkata, kenderaan berat jika terlibat kemalangan jalan raya berisiko menyebabkan kematian dan kecederaan antara­nya disebabkan faktor saiz.

Bagaimanapun, katanya, sesetengah syarikat atau majikan tidak kisah mengambil pemandu yang ada rekod buruk ekoran sukar mendapatkan pemandu memiliki lesen kenderaan berat.

Kata beliau, berbeza de­ngan pemandu kenderaan berat di Eropah, mereka merupakan golongan terlatih dan dianggap sebagai profesional.

“Majikan di Malaysia pula tidak ada langsung inisiatif untuk memberi latihan kepada pemandu-pemandu mereka,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mempertikaikan bayaran berdasarkan trip kepada pemandu kenderaan berat yang disifatkan sebagai sesuatu yang buruk untuk keselamatan jalan raya.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here