EMOS perkenal Modenas Versys 650 (2023), harga mula RM38k

753

EMOS, pengedar rasmi motosikal Kawasaki di Malaysia rasmi memperkenalkan Modenas Versys 650 (2023).

HARGA

  • Metallic Spark Black : RM38,400
  • Candy Limegreen/Metallic Flat Spark Black : RM39,100

ENJIN

Modenas Versys 650 dijana oleh enjin 649cc DOHC penyejukkan cecair 4-lejang yang menghasilkan kuasa 49kW @ 8,500rpm dan tork 61Nm @ 7,000rpm.



Janakuasa yang kini patuh regulasi Euro4 itu dipadankan dengan transmisi manual 6-kelajuan. 

CIRI PERALATAN

Berikut antara ciri peralatan baharu yang ditawarkan pada Versys 650:
  • Rekaan badan Versys 650 mengambil inspirasi daripada abangnya, Versys 1000. Reka bentuk kowl atas dan keseluruhan badan memberikan imej terkini keluarga Versys dan  identiti Kawasaki.
  • Lampu utama LED menambah simetri pada bahagian depan motor manakala tambahan spoiler di bawah lampu depan meningkatkan imej sporty.
  • Rekaan lampu signal kini lebih ‘slim’ .
  • Penampilan Versys 650 diserlahkan dengan warna dan grafik pada tangki minyak 
  • Rekaan semula kowl bawah.
  • Rekaan tajam pada kowl belakang memberikan imej kompak.
  • Pencahayaan LED didatangkan pada lampu belakang dan signal.
  • Visor depan kini boleh dilaras dengan empat posisi daripada sporty hinggalah perlindungan angin maksimum. Jumlah julat kebolehlarasan adalah kira-kira 80mm dengan empat kedudukan dengan jarak selang 27mm.
  • Dilengkapi dengan Sistem Kawalan Traksi (KTRC) yang meningkatkan prestasi tunggangan sporty. Pilihan dua mod membolehkan penunggang melaraskan tetapan mengikut kesesuaian tunggangan dan keutamaan penunggang.
  • Instrumen warna TFT digital 4.3-inci baharu memaparkan pelbagai informasi jentera misalnya odometer, jam, bateri, suhu dan baki minyak. Meter baharu juga menawarkan ciri tambahan yang tidak tersedia pada model sebelumnya serta warna latar belakang skrin boleh dipilih (hitam atau putih) serta kecerahan skrin adalah automatik. 
  • Pemilihan mod KTRC dan fungsi meter lain boleh dikawal dengan mudah menerusi suis pada hendal kiri.
  • Dua cakera petal 300mm dicengkam kaliper piston berkembar yang menyerlahkan imej sporty.
  • Bagi memastikan keyakinan membrek, depan dan belakang dilengkapi dengan Sistem Brek Anti Kunci (ABS) sebagai standard. 
  • Aplikasi Rideologi kini boleh disambung ke telefon pintar menerusi bluetooth yang membekalkan pelbagai maklumat motosikal.

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here