Seorang lelaki maut, treler Hino terbabas langgar pokok

317
Seorang lelaki berusia 54 tahun maut selepas tercampak keluar daripada treler di KM 71.4, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Arah Utara, Johor, malam tadi.
 
 
Komander Operasi, PPgB Mohd Nizar Ma’mun melaporkan, kemalangan tersebut melibatkan sebuah lori treler jenis Hino yang terbabas ke bahu jalan dan melanggar sebatang pokok.
 
“Mangsa  disahkan meninggal dunia oleh pihak kesihatan yang berada di lokasi.
 
“Pasukan Bomba, Balai Bomba Penyelamat Renggam dan Ayer Hitam dengan jumlah keanggotaan seramai 12 orang digerakkan ke lokasi kejadian bersama dua jentera FRT sebaik menerima panggilan,” katanya.
 
 
 
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here