EMOS perkenal Modenas Z650 & Ninja 650, harga mula RM34k

408

EMOS, pengedar rasmi motosikal Kawasaki di Malaysia memperkenalkan Modenas Z650 dan Ninja 650 ke pasaran tempatan.

 

HARGA

Modenas Z650

  • Metallic Spark Black : RM 34,500



  • Metallic Matte Graphenesteel Gray : RM 35,200

Modenas Ninja 650

  • Metallic Matte Graphenesteel Gray : RM 35,200

  • Lime Green/Ebony : RM 35,900

ENJIN

Kedua-dua jentera berkongsi enjin sama iaitu 649cc DOHC penyejukkan cecair yang mana menghasilkan kuasa 50.2 kW @ 8,000rpm.

Bagaimanapun, Z650 menghasilkan tork 65.7Nm @ 6,500rpm manakala Ninja 650 lebih rendah iaitu 64Nm @ 6,700rpm. Kemudian, ia dipadankan dengan transmisi manual 6-kelajuan. Janakuasa tersebut kini patuh Euro4. 

PERUBAHAN SIGNIFIKAN

Bagi model 2023, naked bike dan superbike tersebut didatangkan dengan penambahbaikan signifikan iaitu:

Modenas Z650: 

  • Kedudukan Ergonomik: Kerangka yang direka bentuk semula dan posisi tunggangan yang lebih ergonomik memastikan keselesaan dan kawalan yang mantap bagi pelbagai saiz penunggang
  • Elektronik: Meter TFT 4.3-inci digital berwarna penuh memaparkan pelbagai informasi misalnya odometer, kelajuan, bateri dan jam serta mod tunggangan “Sport”, “Road” dan “Rain”.
  • Pengendalian Kawalan Ditingkatkan: Suspensi dan casis yang dinaiktaraf menyumbang kepada pengendalian yang mantap dan kawalan yang lincah

Modenas Ninja 650: 

  • Rekaan: Ninja 650 menampilkan reka bentuk agresif, pencahayaan LED dan bentuk depan yang lebih tajam sekaligus menyerlahkan aura agresif 
  • Teknologi Canggih: Tawaran aplikasi “Rideology” Kawasaki ke telefon pintar membolehkan akses maklumat dan data penting dengan mudah
  • Ciri Keselamatan: Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dan kawalan cengkaman menawarkan pengendalian lebih baik

Tempat duduk belakang dengan uretana pada kedua-dua jentera kini lebih tebal (kira-kira 5mm bahagian tengah, 10mm sisi) dan bahagian sisi memanjang yang lebih lebar 
menawarkan keselesaan buat penumpang belakang terutamanya tunggangan jarak jauh.

Pemilihan tayar baru Dunlop Sportmax Roadsport 2  menyumbang kepada pengendalian lebih ringan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here